Skip to main content

Peluang berjumpa Pemenang MasterChef Australia Diana Chan Sabtu ini

Siapa layan Masterchef Australia season 9 ? Ainul la antara peminat setia Masterchef Australia. Kalau korang tengok Masterchef ni, pemenang Diana Chan ni dari Malaysia. Bangga tau orang Malaysia yang menang




Diana 29tahun dilahirkan di Sitiawan, Perak dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana.

Cantik, kerjaya hebat sebagai accountant dan pandai memasak. memang kagum la.

Korang tau tak yang Diana akan datang Malaysia. So jom ke Midvalley Sabtu ni jumpa sendiri Diana Chan ni. Kot mana tau ada peluang selfie dengan dia 



Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu

Masa: 12tgh – 6ptg; Penampilan Diana dari pukul 3ptg – 5ptg

Tempat: South Court (Tingkat Bawah) |Mid Valley Megamall


Suka sangat Diana ni sebab dia selalu masukkan element asia masakan Malaysia dalam menu dia. Masakan Malaysia kan penuh dengan rasa, rempah ratus. 

Jangan lupa tau sabtu ni.. 


Comments

  1. Azza rekod dr episod pertama takut terlepas pandang..mmg bangga dengan diana..siap lawan ngan hubby siapa juara..menang dekat hubby sebab pilihan azza karlie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Tanda Awal Kita Adalah Pengidap Sakit Buah Pinggang Tanpa Sedar

Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang.





Mengapa buah pinggang penting?
Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.



Bagaimana buah pinggang berfungsi?
Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.



Apakah fungsi utama buah pinggang?
1. Untuk menyingkir sisa buangan Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil "urea" dan "kreatinin".

2.Untuk mengawal jumlah cecair Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.


3. Untuk mengawal tekanan darah Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, …

Mee Kari Ketam Sedap Shah Alam

Siapa kat sini suka mee kari ketam? Mee kari ni memenag febret Ainul dengan mak. Benda yang dok mengidam masa pregnant ni nak makan mee kari. Cuma nak dapat mee kari ketam yang sedap, kena dengan selesa agak susah.

Baru baru ni, husband bawa kami p makan mee kari ketam port baru di Shah Alam. Memang terbaik dan sedap. Ketam besar, kuah pekat. Selalu kuah mee kari rasa macam kari kuat sangat dan perit tekak. yang ini memang rasa manis ketam tu.



Harga 1 pinggan mee kari ketam ni RM14.90. Portion yang besar . mee banyak, ketam besar. Kuah pun banyak. Dalam mee kari tu pun ada fish ball yang besar, tauhu kering, sayuran. Lengkap lah dalam 1 pinggan. macam macam ada.


Mee kari ni tak la pedas sangat. just nice. anak anak pun suka. Tengok la Maryam pun suka. hirup kuah lagi


Sedap sangat mee ketam di @utamivillage_my ni sampai hirup kuah sakannn #arianamaryam #makansedap #makansedapshahalam #food #ainulmustafafood A post shared by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa) on Feb 15, 2017 at 5:51am PST

Buffet Ramadan 2017 Serendah RM45 di Shah Alam

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Beberapa hari ajee lagi bulan paling kita nanti nanti kan akan tiba. Excited nya kan. Bila masuk Bulan Ramadhan ramai yang mencari cari buffet Ramadan yang murah, sedap, selesa kan.



Meh Ainul nak share buffer Ramadan yang sedap, tempat selesa dan harga murah dibawah RM50. Mana nak cari kan. lagi lagi di Shah Alam ni. kat mana lagi kalau bukan di Laman Kayangan Shah Alam. Kat mana Laman Kayangan ni? Di Seksyen 7 Shah Alam. Betul betul sebelah Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7


Ainul pernah sekali ke sini masa wedding kawan. Tempat ni memang besar, selesa dan cantik. Surau pun ada disediakan. Jadi jangan risau la kalau nak berbuka puasa di sini. Selesa sangat . Anak anak pun akan selesa sebab luaskan.  Dekorasi tempat pun cantik. Baru la nak makan pun semangat













Tema tahun ni adalah Citarasa Dua Sempadan menggabungkan masakan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia.Bufet ramadan di Laman Kayangan akan dibuka pada 29 May hingga 21 June 2017.



Promosi Buffet Ramadan …