Home » , , , , » Kesan Jerebu pada kesihatan

Kesan Jerebu pada kesihatan

Written By Ainul Mustafa on Monday, June 24, 2013 | Monday, June 24, 2013

KESAN-KESAN JEREBU


IMPLIKASI KESIHATAN

Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.

Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.

Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.

Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.

Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

Musim jerebu ni paling merisaukan pada anak-anak kecik. Kesian Arreessa yang sedikit sebanyak sudah terasa akibat jerebu ini. Sudah nampak Arreessa batuk dan sedikit selsema.

Apa yang saya lakukan :-

1. Minum air masak.Saya pastikan Arreessa & saya minum air masak banyak-banyak. Kalau boleh 3-4 liter. Air juga pastikan juga air yang dimasak atau ditapis ye. Sebab jerebu ni mesti masuk ke dalam air jugak. Yang ada water filter tu sangat la bagus ye.

2. Mandi. Ainul bagi Arreessa kerap mandi sekarang. Nasib baik Arreessa sangat suka mandi. Pagi, tengah hari, petang dan awal malam. Semoga bila mandi badan dia semakin segar dan segala kekotoran hilang

3. Kawal aktiviti luar. Kesian Arreessa petang tak boleh la main basikal. Tapi nak buat macammana. bahaya kat luar. Main dalam rumah je la

4. Pengambilan vitamin. Ainul sememangnya sediakan vitamin khas untuk Arreessa. Lebih lagi jerebu ni. Harap dapat membantu tingkatkan imunisasi saya sekeluarga.

nutriferon jerebu

omega arreessa anak comel bijak sihat






Vitamin ini tak WAJIB ambil pun. Saya ambil sebab saya sayang dan saya ambil berat akan kesihatan Arreessa. Anda sebagai ibu bapa pun mesti sayang akan anak anda jugak kan? Jadi pilihan di tangan anda.

Semoga udara di Malaysia kembali seperti sediakala. Jaga kesihatan anda & keluarga ye.


0 Love Quotes:

Arreessa Zulaikha

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Love Journey

Daisypath Anniversary tickers

Ping widget

POPULAR MINGGU INI