Home » , , » Pureen Warehouse 2013

Pureen Warehouse 2013

Written By Ainul Mustafa on Saturday, April 20, 2013 | Saturday, April 20, 2013

Masih ingat entry ini ? Sesiapa yang masih tak tahu pasal warehouse boleh refer ke entry sebelum ini ye. 

hari pertama warehouse dibuka hari ini jam 9.30 pagi. Ainul ingat pukul 9pagi. Konon sampai sana boleh la terus masuk rupanya salah time la. Tapi tak tunggu lama. Tak lama pun ramai sangat orang. pening dan panas. Kesian pada kanakp-kanak. Nasihat saya tolong jangan bawa anak la ke sana. Boleh minta tolong husband atau mak ke tolong jagakan kejap. Kesian sebab sesak sangat nak masuk.

Biar lah gambar berbicara :)



Apa kata anda?? Ainul kira ok sebab duduk belakang so takda la sesak nafas sangat.Tak boleh bayangkan orang duduk di tengah-tengah himpunan manusia ini. ehmmmmmm


9.30 pagi , pintu pagar dibuka. Semua berebut nak masuk. Masa tengak bersesak tu jugak la orang Pureen nak bagi bag ( bag ikea kaler biru tu) .. ishhh memang tak sesuai tau. bertambah sesak sesak.. dulu tak pulak macam ni.


Tempat pertama yang wajib terjah dulu mesti la baju. Macam ikan pirana je kat area baju RM1, RM3 tu. Memang tak sempat nak kaut la.Nak masuk pun susah.

Area baju RM12 pun ramai. pakai ambik je dulu. Saiz nanti baru tengok balik. Tak sempat tak belek satu-satu. Bukan tak sempat, tak boleh pun. 






Dan ini hasil rembatan sebentar tadi.. Menggigil bawa semua.hehehehe





Oh ya.. Masa kat Pureen warehouse ni terjumpa blogger terkenal Irine Marcello. Kebetulan duduk sebelah dengan Ainul.Sempat la tegur cuma tak sempat nak ambil gambar. Orangnyer sweet aje.


Ini bukan Ainul punya.... Orang lain punya. Dia lagi kerlasss tau. Berkotak-kotak.huhuhhuu


Esok ada lagi.. Jangan lupa ke Pureen Warehouse ye.


1 Love Quotes:

♥ Elin ♥ said...

yg berkotak2 tuh pasti dia bukak kedai runcit..hehhhe

Ainul Mustafa. Powered by Blogger.