Home » » Little Caliph Seksyen 7 Shah Alam

Little Caliph Seksyen 7 Shah Alam

Written By Ainul Mustafa on Sunday, January 27, 2013 | Sunday, January 27, 2013

School baru untuk Arreessa


Tahun baru , school baru. Sudah lama berkenan nak hantar Arreessa ke Little caliph ni.  Cuma Little caliph hanya ambil kanak-kanak dari 2tahun. Jadi kena la tunggu Cik Arreessa 2 tahun kan. Kenapa tak stay nursery dulu? Nursery Nilam yang dulu bagus. Arreessa pandai baca doa makan, doa tidur, jumpa kawan-kawan sejak masuk nursery Nilam. tetapi saja nak bertukar arah sekali sekala. bagi Arreessa belajar di suasana baru, kawan baru, cikgu baru.

Yang masih mencari nursey di area Shah Alam, boleh cuba nursery Nilam ni. Cikgu-cikgu nyer best & bagus. Nursery Nilam Seksyen 7 Shah Alam . Nama teacher Mas masih lagi bermain-main di mulut Arreessa. InsyaALLAH ada masa mama bawa Arreessa jumpa teacher school lama ye.




Inilah school baru Arreessa. Ada 3 buah rumah teres.Arreessa punya yg no 3. Yang lain untuk kakak abang 4-6 tahun. Masa ni ada open day untuk Little Caliph Seksyen 7 ni. Jadi senang nak tanya apa-apa kan.

 Keadaan sekitar Little Caliph Shah Alam





 Keadaan di dalam pulak. Penuh dengan warna warni. Mama Arreessa pulak yang teruja.yela mama dulu tadika Kemas Kampung je.


 Ada beberapa meja mengikut umur. 4tahun, 5tahun dan 6 tahun. Setiap meja akan ada cikgu-cikgu menanti memberi penerangan.Nampak tak TV tu? dipaparkan aktiviti tahunan kanak-kanak di sini. Mereka kena buat persembahan sempena hari anugerah.hebat budak zaman sekarang kan. bagus untuk mendedahkan mereka di depan orang ramai.baru la keyakinan diri dapat dibentuk.Nanti sudah besar baru berani untuk bercakap di depan orang ramai.



Makanan, minuman juga disediakan.Ainul tak sempat nak makan pun. Sibuk bincang dengan pengetua Little Caliph Pn Jamaliah







Ini la Puan Jamaliah. Very nice person. Banyak membantu memberi tips keibubapaan.Terutama ibu bapa baru macam kami :)




Arreessa excited sampai taknak balik..sabar ye. nanti masuk school baru


Gambar sebelum balik.....Arreessa dan babah dan belon :)


Alhamdulillah selesai sudah sesi pendaftaran Arreessa ke Little Caliph. Untuk makluman yuran disini RM300 untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun.Rezeki juga sebab masa pergi ini hanya ada 2 sahaja lagi kekosongan.Mereka hanya ambil 15 orang sahaja untuk day care. Day care dari pukul 7.30 pagi- 6.30ptg.yang penting ada hafazan, public speaking pun ada. Arreessa baru balik tunjuk tulisan dia.Dapat 2 bintang tau.Itu story lain la ye.

Selain itu, day care ini beroperasi walaupun cuti sekolah. Alhamdulillah.Sebab ada sesetengah day care akan tutup sekiranya cuti persekolahan. ehmmmm Ainul bukan la cikgu dan tak boleh la nak cuti sampai berbulan.melain cuti tanpa gaji.

Hampir sebulan Arreessa ke Little Caliph ini. Nampak dia happy je.balik rumah pun boleh baca doa makan, doa tido termasuk maknanya sekali. Lepas tu baca zikirullah. Nama teacher pun dah hafal. Teacher Diana dan teacher Fa.

Sesiapa yang berminat nak masukkan anak mereka ke Little Caliph ini, boleh la menghubungi :-

Seksyen 7, Jalan Platinum, Shah Alam
TADIKA ANAK BESTARI PLATINUM
No. 28 Jalan Platinum 7/43D Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Person In Charge : Tengku Jamaliah Bt Tengku Ismail
Tel: 012-385 2696

Sekian Maju la pendidikan untuk Negara :)


















5 Love Quotes:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

sekarang arreessa macam macam dah pandai, Alhamdulillah

Anonymous said...

Thanks for the info.. saya baru telefon puan jamaliah. may be nak masukkan anak saya ke sana...

anak saya asyik menangis di taska sekarang, jadi sangat pasif & pendiam. tu yang ingat nak tukar taska.

SierraOscarBravo said...

Salam, saya nk tanya..untuk RM300 tu termasuk day care ke?

Anonymous said...

Salam..tumpang tanya, RM300 termasuk day care ke?

Ainul Mustafa said...

SierraOscarBravo : ah RM300 utk daycare

Arreessa Zulaikha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Ariana Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love Journey

Daisypath Anniversary tickers

Ping widget

POPULAR MINGGU INI